Sunday, September 5, 2010

Tak tau nak wat tajuk ape?

Post ini bermula dengan mengingat kembali sejarah silam kita..
Bukan pasal ape dosa besar aku dah buat atau pengalaman manis atau pahit..
Cerita tentang cita-cita yg diidamkan time zaman2 sekolah dulu..
Dulu aku bercita-cita nak jadi:
  1. Pengacara MTV atau Muzik2
  2. Businesswoman
  3. Tukang Jahit
  4. Pakar Forensik
  5. Ahli Kajicuaca
  6. Artis (Penyanyi atau Pelakon)
Sila vote cita-cita nombor berapa yang paling sesuai?hehe!
Kelihatannya cita-cita aku tak menjadi kenyataan..aku akhirnya bekerja sebagai Quantity Surveyor yg belom berdaftar..kalo tak daftar tak bley panggil QS tp aku nak gelarkan diri aku QS gak..xdulik!


Kenape tiba2 cita pasal cita2..cam bosan je..
Jika korang baca CLEO bulan ni..sila bukak mukasurat 400..(kau carilah sampai jumpe..hikhik!)
Secara rumusannya, dia interview orang yang mempunyai pekerjaan yang glamour2..contohnye penyanyi, model,pereka fesyen, traveler writer, pramugari, etc..

Bile interview semua akan kata, kerjaya diorang sekarang ni memang cita2 yang diidamkan sejak kecik lagi..contohnye:




Mizz Nina


Sejak di bangku sekolah dulu minat menari and music..pastu g oversea belajar dalam bidang yang dia minat ni bla bla bla (beli cleo and bace sendiri) pastu jadiklah artis..ikotkan aku juga patot jadik artis sebab minat menari and music since sekolah rendah lagi..huhu..(cube bayangkan Mizz Nina tu Mizz Syanim..hik!hik!)

Mereka2 yang dapat mencapai cita-cita mesti dapat melakukan kerjaya mereka dengan rase happy..why?sbb bile kita kerja dalam bidang yang kita minat, kita takkan rasa macam kita pergi bekerja malahan akan rasa lebih seronok untuk belajar dengan lebih mendalam..QS is not my dream job..i'm working hard because of responsibilities and ka-ching$$..minat tuh blom ade lg..and if QS will not give me happiness in working life sampai bila2, please Allah, show me another job that will bring give me happiness and a lot of money too..hehe!







.

No comments:

Post a Comment